Apakah itu RSS? Ramai yang tidak tahu.

image

Ramai yang selalu lihat logonya. Anda sering melihatnya di kebanyakan blog dan web terkenal. Tetapi tahukah anda apakah itu RSS? Saya menulis artikel ini disebabkan baru-baru ini, saya banyak berhubung dengan ramai para blogger untuk membuat sedikit kajian untuk produk saya di masa hadapan tetapi dengan terkejutnya mendapati, masih ramai lagi yang tidak tahu apakah itu RSS.

Agak menghairankan perkara nie sedangkan di website mereka ada memaparkan logo berkenaan.. walaupun ramai yang dah baca tentang apa itu RSS di blog2 yang menerangkan kegunaannya, masih ramai yang keliru dan tidak pasti adakah perlu RSS di web mereka. Betul2 tak tahu ke atau sajer2 buat tak tahu nie? Di internet, jika anda rajin mencari, RSS mempunyai 2 maksud iaitu 'Really Simple Syndication' atau 'Rich Site Summary'. RSS menggunakan XML sebagai penyenarai isi kandungan web berbentuk text. Tak perlu la tau apa tu XML, nanti lagi pening. Biar saya ceritakan dengan cara saya sendiri apa sebenarnya itu RSS.

 

CARA MUDAH MENJELASKAN APA FUNGSI RSS.

Ok begini.. Katakan anda adalah seorang web 'surfer yang tegar' dan sering melayari web-web yang anda gemari. Katakan anda masuk ke web saya dan anda membaca artikel-artikel yang saya tulis. Anda suka dan bookmark web saya dan esok anda nak masuk lagi..Katakan saya tidak update web saya selama seminggu, adakah setiap hari anda nak masuk dan periksa ada artikel baru atau tak?.. Setiap kali anda masuk, sudah tentu anda kecewa sebab masih belum ada artikel baru. Masuk dan masuk lagi ke web saya dan masih tidak ada artikel baru.. Huh.. memang sungguh mengecewakan dan memenatkan walaupun hanya pegang mouse dan buat beberapa click jer.. Itu baru web saya, katakan anda hendak membaca 20 web blogger kegemaran anda. Takkan la anda nak masuk semua 20 website setiap hari untuk check samada ada artikel baru atau tidak. Kalau anda adalah individu yang mempunyai aktiviti seperti yang saya ceritakan nie, anda sebenarnya masih belum faham apa itu RSS.

Dengan menggunakan RSS, kita tidak perlu masuk ke laman web dan periksa samada sudah ada artikel baru atau tidak. Sebagai contoh, jika saya update artikel baru di web saya, semua subscriber RSS saya akan diberitahu secara automatik ada artikel baru sudah ditulis. Jadi sekarang nie dah bertukar. Artikel yang cari pembaca. Inilah salah satu konsep WEB 2.0 yang di sebarkan di internet. Kesimpulannya, dengan menggunakan RSS, anda dapat menjimatkan banyak masa kerana tidak perlu masuk ke dalam website para blogger kegemaran anda hanya untuk melihat samada sudah ada artikel baru atau tidak.

Terdapat 2 cara untuk membaca RSS:

  1. Menggunakan RSS reader - google reader,my yahoo, my msn, dll.
  2. Subscibe melalui email - feedburner membolehkan RSS terus masuk ke email anda setiap kali ada artikel baru.

 Gambarajah Pembaca RSS

Kepada blogger atau webmaster, RSS merupakan keperluan wajib kepada anda. Jumlah subscriber RSS melambangkan reputasi anda sebagai blogger. Kebiasaannya kebanyakan CMS untuk blog seperti Wordpress dll. sudahpun dilengkapi dengan RSS. Oleh itu anda tidak perlu berbuat apa2 selain hanya menggalakkan pembaca anda untuk subscribe RSS di web anda. Salah satu cara terbaik untuk memberikan peluang untuk pembaca anda subscribe melalui email adalah dengan menggunakan perkhidmatan feedburner. Service dari feedburner membolehkan anda memaparkan berapa ramai orang yang sedang subscribe artikel anda. Biar saya tunjukkan contoh seperti di muka hadapan web saya.

Langgan RSS Saya

Kepada yang baru tahu tentang RSS pada hari ini, gunakanlah ia dengan sebijaknya. Jangan terlalu banyak membuang masa masuk ke setiap blog yang anda gemari untuk memeriksa samada ada artikel baru atau tidak. Dengan kebijaksanaan anda menggunakan teknologi, lebih banyak benda yang boleh anda pelajari setiap hari. Saya harap dengan penerangan saya yang tak seberapa nie, anda sudah mula faham dan mula menggunakan RSS sebagai bahan bacaan utama anda.

Comments (20)add comment

Dhiaqis said:

0
...
Peringatan yang baik. Mungkin ada juga pembaca yg tak subcribe rss tu sbb tak tau apa gunanya.
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

kanang said:

kanang
Sekarang Baru Le Saya Tahu Apa Itu RSS
Terima kasih. Maklumat yang berguna dari Sifu-Lan.
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

wealthy81 said:

0
...
Syukran! info yang mudah untk difahami apatah lagi utk newbie.
 
March 17, 2009
Votes: +0

SeeSaw said:

0
...
Semoga sama2 mendapat menafaat darinya.
 
March 17, 2009 | url
Votes: +0

dicksontgp said:

dicksontgp
rss rock
panduan bagus...
 
March 17, 2009 | url
Votes: +0

haslinda said:

0
rss
bagusnya maklumat ini, tq sifu,kejap lagi i pun nak rss blog usmilies/smiley.gif
 
March 18, 2009
Votes: +0

azizwan(dot)com said:

0
...
nice info.. dan utk makluman sifu juga, aku dah lama daftar RSS blog sifu smilies/tongue.gif

comment by http://azizwan.com
 
March 18, 2009 | url
Votes: +0

jaigoku said:

0
...
smilies/grin.gif Kawan2, RSS tu penting... lepas ni boleh rss lmn blog saya plak ye... smilies/wink.gif

www.glowglokal.com/blog
 
March 18, 2009 | url
Votes: +0

ain shahidin said:

0
RSS in phone??
betul2! saya bru tahu.. huhu..
trimas bro! hmm but i wanna ask u something..
how about RSS reader yg ade provide dlm phone tu ye?
how to use it?smilies/grin.gif
 
March 18, 2009
Votes: +0

loq said:

0
...
nice
dah setup RSS di blog
 
March 21, 2009 | url
Votes: +0

Suhaimi a.k.a Armiego said:

0
Satu Lagi Informasi Yang Bagus Untuk Blogger Dari Sifu-LAN
Thanks Bro U R Truly Sifu... Kpd Kekawan semua jom kita pakat reramai subscribe RSS kat Web Sifu-LAN ni tak rugi dia ni tak kedekut Ilmu..
 
March 23, 2009 | url
Votes: +0

Blog Rahsia CBC said:

0
...
hi....baru je subcribe your blog bro....bnyk info kat sini noo....smilies/grin.gif
 
March 26, 2009 | url
Votes: +0

Rahsia Jutawan CBC said:

0
...
insyallah kite pakat menyusul jadi macam sifu lan ni semua....smilies/wink.gif
 
March 26, 2009 | url
Votes: +0

Sis Lia said:

0
Memorex
ya allah baru lah kak lia paham apa tanda benda tu..terima kasih sifu
nak buatlah kat web kak
 
March 29, 2009 | url
Votes: +0

seksuci said:

0
rss?
Dah lama tau menatang ape rss nih, cuma x regist. sekarang dah banyak benda nak baca, baru la buat terasa nak buat daftar rss reader huhuhu
 
April 09, 2009 | url
Votes: +0

ismadee said:

0
...
terimakasih atas panduan ni..
 
April 25, 2009
Votes: +0

zulkifli said:

April 30, 2009 | url
Votes: +0

yuzs said:

0
...
blh tunjukkan mana nak dpt rss tu dan cara pasangnya.. sy ni buta it sikit
 
June 06, 2009 | url
Votes: +0

poksue said:

Amirun Nizan
...
ada tak program nk sediakan rss feeds utk ltk kt web sendiri?
thanks!.......... smilies/wink.gif
 
June 09, 2009
Votes: +0

baru paham said:

0
....
laa....tu ke RSS...
saya ingat kan RSS tu Rahsia Sifu Sifu....
hahaha.....silap rupa nya...
 
July 01, 2009
Votes: +0

Write comment

busy

Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN