Maxis Broadband vs Celcom Broadband. Mana satu?

Sememangnya melayari internet tanpa wayar secara bebas di mana-mana adalah satu kemestian. Kini terdapat beberapa perkhidmatan 'broadband' di Malaysia dan yang paling popular adalah Maxis Broadband & Celcom Broadband. Saya bukanlah seorang pakar dalam perihal internet connection tetapi jika saya ditanya yang mana lebih baik, saya akan memilih Maxis Broadband.
Saya menulis artikel ini bukanlah untuk membandingkan antara Maxis Broadband & Celcom Broadband tetapi hanyalah sekadar berkongsi pengalaman saya setelah sekian lama bersama Maxis. Yang pastinya, apabila saya ditanya yang mana lebih bagus, saya akan mencadangkan Maxis Broadband. Hakikatnya, masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan bergantung kepada lokasi & keperluan.
Perkhidmatan broadband pertama yang saya miliki adalah daripada Digi. (ntah bila pun aku x ingat..) Ketika itu, hanya Digi sahaja yang memperkenalkan perkhidmatan 'UNLIMITED PLAN' di mana kegunaan internet adalah tanpa had dan hanya perlu membayar RM99 sahaja sebulan. Waktu tu takde lagi USB modem macam sekarang, hanya setting connection di telefon bimbit dan share connection dengan notebook. Pertama kali saya berjaya online di dalam kereta adalah sesuatu yang amat menggembirakan. Saya menggunakan Digi dari connection GPRS sehinggalah EDGE diperkenalkan.
Kemudian, apabila mendengar Maxis pula mula memperkenalkan 'UNLIMITED PLAN', saya bertukar pula kepada Maxis kerana mempunyai kelebihan 3G. Saya sendiri pun ingat2 lupa tentang perkara nie tetapi yang pastinya, saya tidak mempunyai USD MODEM dan hanya berkongsi connection dengan telefon bimbit. Tidak lama selepas itu, barulah saya mendapatkan Maxis Broadband dengan USB Modem. Pendek kata, sehingga hari ini saya memakai perkhidmatan internet dari Maxis dan tidak pernah menggunakan Celcom. Jadi, agak sukar la jugak untuk saya ceritakan perbezaannya. Hehe. Banyak kali juga saya digoda untuk bertukar kepada Celcom dengan kelajuan 3.5G atau HSDPA, tetapi hati saya tetap dengan Maxis. Saya juga hampir2 melanggan P1 W1MAX kerana ramai yang mengatakan connection W1MAX sangat laju. Malangnya di kawasan rumah saya tiada liputan W1MAX. huhu..
Mengapa saya memilih Maxis Broadband?
Pertamanya hanyalah disebabkan sudah lama saya menggunakan perkhidmatan dari Maxis dan amat berpuas hati. Mungkin disebabkan permulaan zaman keusahawanan internet saya diiringi dengan connection dari Maxis, jadi ada 'satu macam feel' la. Kini Maxis juga mempunyai kelajuan HSDPA dan mampu mencapai kelajuan sehingga 3.6Mbps. Walaupun liputan untuk HSDPA masih tidak begitu luas berbanding Celcom, tetapi kelajuan 3G nya juga tidaklah mengecewakan. Mungkin ianya bergantung kepada kehendak masing2. Seperti saya tidak menggunakan Broadband untuk download movie dan sebagainya tetapi hanya sekadar memeriksa laman2 web perniagaan saya. Hanya yang mengecewakan saya adalah connection Maxis boleh dikatakan langsung tidak bergerak jika tidak berada di kawasan yang tiada 3G iaitu GPRS. Antara kelebihan yang paling saya suka adalah Maxis memiliki 'dynamic IP address'. Setiap kali membuat connection, IP address akan berubah. Ini memudahkan saya untuk membuka 'multiple account' di eBay. Dari apa yang saya dengar, Celcom Broadband mempunyai 'static IP address'. Ini menyebabkan anda tidak boleh menggunakan teknik 'multiple account' di eBay.
Pendapat saya tentang Celcom
Saya tidak dapat komen apa2 tentang perkhidmatan Celcom. Tetapi saya akan biarkan anda sendiri yang komen tentang Celcom di ruangan komen di bawah artikel ini. Mungkin mereka-mereka yang menggunakan Celcom mempunyai kisah tersendiri dan memilih Celcom disebabkan faktor2 yang tidak kita ketahui. Kongsi kisah pahit manis anda dengan perkhidmatan broadband yang anda miliki. Mungkin ia boleh menjadi pengajaran kepada semua.

Hasril
said:
|
Maxis Broadband vs Celcom Broadband. Mana satu? Disebabkan kurang pengetahuan, 2 account eBay saya kena suspended seumur hidup disebabkan 'Static IP Address' CELCOM ni huhuhu... |
|
maillebai
said:
|
Celcom dan Maxis Broadband sama je.. Aku ni pengguna celcom broadband dan sampai hari ni Alhamdulillah masih okey lagi. Aku ada lebih dari 1,2,3 acc.. Biasa la, lepas buka satu acc kemudian kalau nak buka acc lain, clear cookie then shutdown PC lebih kurang 1 jam..Kemudian ON balik. IPnye kalau check pasti berubah. Ni pendapat aku je la sebagai pengguna Celcom. Aku mcm ko juga sifu-lan, cuma jadi pengguna untuk Celcom je so no komen untuk service Maxis mcm mana.. |
|
zamrizain
said:
|
... saya pelanggan celcom sejak dari mula guna broadband bermula bulan 6 tahun lepas. sebulan pertama saya puashati dengan servisnya tapi 2 bulan berikutnya sangat tak puashati tentang speednya. Bayangkan dalam seminggu 2 hari je boleh guna(line laju) dan hari lain asyik termenung je duk tunggu web loading. Line HSDPA FULL bar tapi....hampeh. saya tak terus call bila line slow tapi seingat saya 2x sahaja saya call service center sejak dari saya guna celcom broadband ni. Sekarang boleh di katakan OK takde lagi wat masalah. Cuma yang ketara line akan slow bila saya tengah download software bersaiz besar 100m ke atas akan terasa slownya untuk masuk web lain. Terfikir juga nak bertukar kepada servis lain tapi kawasan ni (pinggir bandar kuching) hanya celcom sahaja 3G. Yang lain (Maxis,Digi,redtone,) belum ada 3G. |
|
Paeh
said:
|
Maxis Broadband vs Celcom Broadband. Mana satu? saya dah setahun pakai celcom... kelajuan rancak juga... tapi yg saya tak tahu ttg IP adress tuu... hoho |
|
eBayNiaga
said:
|
Celcom BB Salam, pembetulan, celcom BB guna dynamic IP, Maxis BB guna dynamic IP, kecuali Maxis Packet Data guna Static IP. berkenaan dgn bandwith, Celcom BB boleh guna hingga 5Mb Maxis BB boleh guna hingga 3MB |
|
29
said:
|
2x5 maxis broadband ke, celcom broadband ke, digi broadband ke, sama je. Demi memanfaatkan wang ringgit anda, saya amat cadangkan amik je la streamyx, sbab ianya sebetul-betul unlimited, boleh download movie 24 jam 7 hari tanpa henti. Wpun kdg2 ada masalah speed, overall, no choice, tetap streamyx yg terbaik. Second option, P1 Wimax. yang ni adalah pesaing terdekat streamyx. Liputan dia meliputi kawasan Kuala Lumpur dan semakin berkembang ke kawasan2 lain. Connection adalah sangat stabil. Speed menyaingi streamyx, namun kegunaan akan mencapai limit tertentu, bergantung pd pakej, kemudian speed akan dikurangkan. Sapa kaki torrent tu, terpaksa bajet-bajet la guna. Overall, sangat puas hati. (skang ni diorang tgh promosi, tunjuk je bil service provider semasa utk subscribe,nanti diorang waive down payment+sebulan percuma, hint:photoshop ). berbalik pd soalan, celcom vs maxis, jwpnya dua-dua sama je |
|
exzs dot com
said:
|
Kelebihan masing2 sajak awal aku guna celcom, pertamanya kerana coverage, kedua stabil, ketiga bandwith and speed |
|
Nozi
said:
|
Pakai Streamyx je Salam perkenalan, Saya pakai streamyx je.Dah puas hati dah.Tp nk gak try celcom or maxis broadband ni.Tunggu dulu la.Setakat ni guna je streamyx dulu. |
|
UstazCahaya
said:
|
Guna Celcom BB Prepaid Tuk Meniaga Di Ebay Erm, saya ni hijau lagi di online auctions nie Cuma untuk perkongsian, gune je Celcom BB Prepaid tuk dapat banyak IP. Beli bbp sim ya. Trick ni juga tuk cover bandwith tuh. Celcom BB dia bagi 5GB ya bukan 5 MB. If dah sampai limit tu, connection cuma dapat gprs. 3g n HDPA xdpt dah' Cuma RM20 tuk seminggu.. bleh la dikatakan berbaloi' |
|
Fazli
said:
|
... saya guna celcom broadband. bila di rumah saya guna streamyx sbb di rumah saya bukan area 3g celcom. saya biasa gunakan celcom broadband di 3 tempat iaitu ipoh, ampang(kl) dan penang. walaupun ketiga-tiga tempat ni mempunyai signal 3g yang tinggi tapi kelajuan internet semasa di ipoh lebih baik daripada penang dan kl. saya anggap pengguna celcom di kawasan kl dan penang adalah tinggi. mungkin sbb tu kelajuan internet terganggu. kalau area tak ada 3g lebih baik tak yah guna. buat sakit hati je tunggu dia load satu2 page. huhuhuuh... |
|
Noorizam Shah
said:
|
... aku dulu pakai celcom BB. kemudian pindah pakai maxis BB. apa pun ikut nasib connection tu ada kat mana! haha |
|
mali
said:
|
... saya dah lama guna celcom bb tp skrg rasa kecewa la... hampeh...tgk member pakai maxis bb cantekk je.. try maxis bb kat rumah pun cantekkkk je..kat opis pun bagus je.. tgh plan nak tukar dah ni... mungkin tgk tempat la........... |
|
mujahidbiz
said:
|
... Masing2 ada kelebihan tersendiri. Saya ada gak try guna celcom bb prepaid kat umah guna hp sebagai modem. Line 3g x kuat. Hampeh aje. Slow. Nak pakai streeamyx x ada duit. haha.. bilalah wimax nak menjelajah ke pelusuk negeri. Semua line mcm hampeh selalunya. Wimax tak tahu la. |
|
matzis
said:
|
Guna Streamyx Wifi, Maxis BB dan IZZI BB Salam, kalau kat rumah bro akan gunakan Wifi Streamyx manakala di luar rumah bro akan gunakan Izzi BB dan Maxis BB. Namun setakat ini Maxis BB tiada mengecewakan bro untuk menjalankan bisnes internet dan begitu jugalah dengan Izzi BB tiada masalah cuma Izzi BB liputan hanya lembah kelang sahaja. |
|
Ahmad Noor Zaini
said:
|
streamyx is upgrading? dengar citer streamyx skang tgh nak upgrade ke package up to 32 MB, aku pun tak pasti.. yang pastinya nnti bila package baru tu keluar aku la antara rakyat malaysia terawal akan subscribe packange tu hehe... tapi aku harap TM akan letak harga package yg berbaloi murah la hehe.. bagus gak ada pesaing mcm P1wimax ni.. ku harap TM akan murahkan lagi package diorang tu hehe... |
|
kalijaga
said:
|
celcom bb bagi saya yg dah lma guna celcom bb, sya rasa celcom lg ok dr maxis...especially bila blk kg saya kat keningau, sabah..celcom ok ja dr maxis (sbb adik sya gna maxis)...he3..apa2 pn depend pd coverage la...may b coverage celcom tmpt sya 2 ok..thats why ok ja bila surf...he3 |
|
gliglie
said:
|
maxis succckxxxss bodoh punya simcard maxis broadband, xleh detect utk kat iphone utk dijadikan moderm.. brengsekkks... |
|
salihin bin baharudin
said:
|
celcome bb menggunakan "dynamic ip" agak mustahil untuk mencari talian internet yang menggunakan static ip, sebab static ip ni zaman dulu2 ader zaman connec internet guna tm 1515. celcome b.b guna dynamic ip. saya telah chek ip computer saya, setiap kali lepas connection 3 nombor terakhik ip akan berubah. |
|
FKr
said:
|
Disconnect Healer Kalo da dc, simply remove hardware pastu insert balik ke another USBspot... then connect blik, klau failed gak, tukar P1 or F1 ~ |
|
Penang
said:
|
pelanggan maxis Saya guna maxis bb dan setahun lbh. Setakat nie ok aje... tak ade apa-apa masalah sgt. Dgr citer di WC digi laju gila...tak tahu lah... tak penah try lagi... |
|
LoqStuckQedah
said:
|
Celcom dan stremyx Aku penah guna ketiga-tiga line broadband sbb selalu g outstation: 1-Maxis banyak kerenah sbb line selalu drop, dah tu gprs dia amat mengecewakan, lagi2 kalo sambungkan guna bluetooth melalui hphone. 2-Digi lama la jgk aku guna sbb dia kurang mengecewakan aku, ada 1 bar dah boleh buka laman sifulan yang mmg lambat untuk di buka. wakakaa... Digi laju sbb dia gunakan system Edge dimana2 saja dan akan upgrade ke 3g, skrg kt penang dah ada 3g. sbb tu irfan khairy syorkan guna digi untuk IM. 3-Sekarang aku guna celcom (baru 3 minggu) sbb dapat free charge (rahsia), conection dia stabil gak, cukup laju kalo tempat yg ada 3g, kelemahan dia slow dari Digi kalo tempat yg cuma ada gprs, kalo guna kat hphone laju la sikit. tapi takpe la celcom aku guna masa outstation ja, dirumah aku guna streamyx paling murah tapi laju dia 4x ganda dan lebih (pun rahsia jgk) heheee... 4-P1 wimax aku tak penah guna tapi ramai yg kata tak ok. cuba baca forum 'Dah Potong?' kat WC. Mmg ramai yg nyesal sbb dah terpotong, biasa la benda baru mesti ada kelemahan dia, 3-4 tahun lg ok la tu, dan masa tu ada la lagi option lain untuk kita buat connection, mungkin streamyx dah buat broadband. mana lah tahu kan. |
|
wings
said:
|
... aku gna bb celcom ok je xde mslh...(dlm ms trial 7hri) bila disconnect, pastu connected blk ip akn berubah dari xxx.xxx.xxx.234 xxx.xxx.xxx.287 kiranya yg blkg tu je berubah.. esk nk g subscribe mxs plak trial 7hri |
|
ayu
said:
|
celcom.. sedih pilu nak kata terpengaruh x gak.. mmg perlu pun.. i used celcom brodband... kat opis ok lah town katakan... smpi umah (kampung) hampeh..ngadu ngan celcom.. ok gak lah mereka dtg cari sy kat opis ajar manage device.. pastu line termenung gak.. esok nya celcom team g umah sy nengok check coverage.. dia kata coverage x kuat kat area tu... Persoalannya? Dimanakah janji celcom BERBALOI2 tu.. xde maknenya.. CEO celcom pun ckp jerlah pndi..liputan terluas n blah..blah.. blah...APA YG PASTI AKU HAMPA... |
|
hairulamran
said:
|
celcom dan maxis... salam. dua-dua broadband. sesuai dengan fungsinya untuk protable. tidak perlu kepada line yang hebat. sesuai sangat dengan asas penggunaannya di telefon bimbit. tak perlu muat turun dan muat naik fail yang besar. jika penggunaannya untuk dekstop / laptop mungkin masalah kelembapan melampau akan dihadapi. penyelesaian terbaik untuk masalah lembap line broadband ialah dengan fix line broadband. saya dah terminate maxis broadband dan celcom. sebab setiap kali call centre dia kata tgh upgrade. so korang upgradela dulu sampai ok. nanti aku subscribe lagi. sekarang senang dengan P1. tu pun kadang2 termenung. belum ramai pengguna. mungkin line agak laju. tak tau la kalau pengguna dah ramai. wassallam. |
|
nakatsu
said:
|
celcom bb terok la erm kt alor star pun sesetengah kawasan dekat bandar x dapat 3G line.. huh kata liputan terluas.. hampeh... ![]() ![]() |
|
LEE MEI SAN
said:
|
cELCOM vS mAXIS bROADbAND saya menggunakan keduaduanya.. apa yang perlu diingati ialah walaupun kedua telco mengiklankan pelannya sebagai unlimited.. celcom mempunyai 5gb data transfer sebulan dan maxis mempunyai 3gb data transfer sebulan. so... apabila sampai limit penggunaan data transfer speed akan ditrottlekan kepada lebig kurang gprs (68kbps). selalunya ada banyak aduan daripada pengguna yang mengatakan bahawa apabila start guna laju... lepas itu very very slow.. ini desebabkan limitasi data transfer. so.. bagi yang banyak download movies & songs... janganlah menggunakan wireless broadband kerana kesemuanya ada limitasi tak kira celcom, maxis, digi ataupun p1. tanyalah agen yang menjual baik baik berapa data transfer usage untuk setiap package.. untuk pengguna yang memang nak 24/7 download banyak.. dinasihatkan supaya invest dalam streamyx.. |
|
trytest
said:
|
... Slm... aku xtau nk komen apa lg kt celcom ni.. kt umh kwsn kg aku nk dpt 1bar pun susah hset, nk bergyut pn ptus.. Dlm coverage mmg la ada line tp bkn 100% fullbar. klu nk brodbnd plak kena buat teknologi sendiri, ni pun aku dpt idea kt 1 forum tu. Celcom igt signal yg dia pancar tu bleh rapat kt tanah ker!! klu aku duk ats puncak pencwang / puncak bukit bleh laa signal bodabnd tu.. dia nk byr ker kos mula2 aku nk pasang pencawang buluh ni, klu modem bleh cucuk kt usb terus xper laaa... hbs rm60 jga aku nk pasang pencawang sendiri nii.. nsb baik ok speednya.. tgk youtube jarang2 tersekat.. ni korang bleh tgk kt youtube cmna aku nk dpt line bodband nii... http://www.youtube.com/v/qNOPEX7IyIY?hl=en_US&fs=1 |
|
paulpaul
said:
|
user celcom broadband selama saya guna celcom broadband monthly RM 98 speed up to 3.6mbps tak de amsalah. kebanyakan line akan kurang laju pada hari sabtu petang. sebab saya tahu hari sabtu sangat ramai user celcom tengah online dan line akan menjadi berkongsi so line akan jadi kurang laju. untuk heavy user memang tak sesuai untuk guna broadband tak kira P1, maxis, digi, celcom atau u-mobile kerana broadband ada FUP masing-masing memang tak mencukupi dan paling sesuai untuk heavy user adalah guna streamyx kerana streamyx tiada FUP. Sebenarnya celcom RM 68 dengan speed 384 kbps sudah cukup pakai untuk saya kerana i just normal user. selepas capai celcom 5GB FUP celcom masih boleh online cuma kurang laju saja tapi untuk maxis tak boleh online dan kena beli FUPnya online dengan harga 500 Mb RM 18, 1GB RM 28 agak mahal. untuk celcom juga ada promotion, kalau kamu rasa celcom 5GB tidak mencukupi kamu boleh membeli FUP 1GB RM 5, 5GB RM20 lagi murah dengan menelefon customer careline celcom sahaja dan lebih murah berbanding dengan maxis. saya tak boleh menafikan kebaikan maxis, sebenarnya kedua2 telco ini ada kebaikan dan keburukan masing2 dan bagi saya lebih suka guna celcom kerana harga celcom yang lebih murah, liputan celcom lebih luas drpd maxis.saya pernah guna maxis dan celcom pada masa yang sama dan saya lbh suka celcom kerana celcom lebih laju semasa buka facebook. ini juga terpulang kepada user telco. bagi saya celcom broadband is the best.... >.< |
|
anyss
said:
|
maxisbb, celcombb & streamix 1st sye gune streamix,mmg terbaik la.. then sye gune celcombb,pas sebulan gune line dye slalu x stabil..kejap2 DC mang tensen ar..nk on ym pon langsung xley padahal gune line WCDMA, skrg sye gune mxsbb..alhmdulillah lebih baik..xsakit aty dah..GPRS or EDGE pon leh thn lajunye... |
|
Mantra
said:
|
MAXIS adalah pilihanku Salam, Maxis sekarang dah upgrade perkhidmatan broadband. Nampak lebih bagus dari Celcom dari segi speed dan kawasan. Tapi kedua-duanya masih ada kelemahan masing-masing la saya rasa... |
|
jacky
said:
|
broadband maxis saya sekarang guna celcom...masalahnya celcom kalau kat saya punya area bila sekitar jam 7 malam sampai lewat pagi tidak berapa bagus..terlalu slow..kadang2 banyak kali langsung tak dapat pakai..dia punya bar langsung tak gerak, kalau siang baru ok sikit..saya ada kawan pakai maxis..saya nampak dia pakai betul2 bagus..hight speed betul..kalau tengok video langsung tidak teganggu,,tidak sekat2..macam tengok tv..memang best la maxis..saya akan tukar maxis nanti.. |
|

).
bilalah wimax nak menjelajah ke pelusuk negeri. Semua line mcm hampeh selalunya. Wimax tak tahu la.
~


