Maybankard VISA debit kini digunakan untuk PayPal

image

Saya percaya ramai di luar sana kini sudahpun mempunyai debit kad Maybankard VISA. Ia agak berbeza dengan debid kad lain kerana ia bertindak sebagai ATM dan juga debid kad pada masa yang sama. Memang sudah lama kad ini diperkenalkan dan Maybank merupakan perintis teknologi ini di Malaysia yang yang memperkenalkan sistem seperti ini tetapi malangnya, ia tidak boleh digunakan untuk PayPal.

Baru-baru ini, saya dihubungi oleh sahabat saya juga merupakan programmer terkenal KayRUle melalui telefon, beliau dengan penuh bersemangat dan suara yang riang memberitahu saya bahawa kad ini sudah boleh digunakan untuk membuka akaun PayPal.. Pada ketika tu, saya sedang sibuk dengan pelbagai urusan dan mungkin disebabkan kekecewaan saya terhadap Maybankard VISA ini setelah sekian lama membuatkan saya tidak bernafsu lagi untuk menggunakannya secara online.. hehe.. Beliau berkata ia telahpun disahkan oleh para forumer di forum WangCyber dan sedang hangat diperkatakan..

Sememangnya Maybank adalah bank kegemaran saya sejak dari dulu lagi. Mungkin disebabkan Maybank merupakan perintis untuk sistem Internet Banking di Malaysia, saya menjadikan Maybank kaedah dan bank rasmi saya secara peribadi. Walaupun mempunyai banyak akaun bank lain, tetapi saya tetap memilih maybank untuk apa juga transaksi seperti membayar bil, dan menerima bayaran transaksi saya. Boleh dikatakan 80% pelanggan sy yang membuat bayaran peribadi adalah menggunakan Maybank. Ini bermakna, Maybank adalah pilihan utama rakyat Malaysia.

Pada petang tadi, saya menghubungi seoarang usahawan eBay kesayangan (huhu) saya 'ZAKRI' untuk bertanyakan khabar, beliau juga dengan begitu terujanya memberitahu saya bahawa Maybankard VISA kini telah boleh digunakan untuk membuka akaun PayPal. Kali ini baru saya tergerak untuk betul2 mencubanya sendiri. Beliau memberitahu cara untuk membuka akaun PayPal menggunakan Maybankard VISA boleh di dapati di laman blog http://www.rohaizad.com/. Ini kali pertama saya membaca artikel di blog beliau dan mendapati, cara amat mudah. Blog saudara ROHAIZAD ini juga amat menarik sehinggakan saya menghabiskan masa hampir 15 minit hanya untuk memberikan ikan di blog beliau makan.. hehehe. Terima kasih kepada bro Rohaizad untuk info yang berguna nie. Disebabkan aritkel beliau nie, saya kini secara rasminya akan menjadi pengikut setia blog beliau.

Saya rasa tak perlu untuk saya ceritakan bagaimana untuk menggunakannya. Anda boleh lihat sendiri di web Rohaizad http://www.rohaizad.com/. Selamat mencuba.:)

Comments (26)add comment

cornelius said:

0
Berita baik!
Thanks sifu lan atas [erkongsian yang baik...saya dah lama menunggu maybankard untuk dapat digunapakai untuk bisnes online saya..lagipun dah fed up tunemoney...
 
August 12, 2009 | url
Votes: +0

KayRUle said:

KayRUle
Yeay !!!
Yeay !!! Kad Debit Visa Maybank dah leh guna. smilies/cheesy.gif
 
August 12, 2009
Votes: +2

enkha27 said:

0
...
Baguslah dah ada bertamabah kad yang boleh verify Paypal..lagipun sekarang ini eBay & Paypal dah dapat detect pengguna VCC..so pengguna VCC berwaspadalah anda..hehe
 
August 12, 2009 | url
Votes: +0

fazleejusoh said:

0
...
ooo berita baik ni.. lgpun ramai yg ada akaun maybank ni, mudah nak withdraw nanti smilies/wink.gif
 
August 13, 2009
Votes: +0

rohaizad said:

0
Tips.
Thanks Lan smilies/wink.gif
Cuma kalau dah berkali mencuba still "unsuccessful", sila tukar ayat penyata dengan ayat lain. Dan jangan letak apa apa character di dalamnya termasuklah titik noktah. Biarkan ia tergantung ayat tersebut.

Harap dapat membantu. Happy selling! smilies/cool.gif
 
August 13, 2009 | url
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
...
Aku ko tak nak call tanya khabar ke Sifu-Lan...smilies/grin.gif

Sebenarnya kad visa debit maybank ni memang boleh digunakan untuk paypal cumanya dahulu ni tak ditengahkan caranya...dia ada step tersendiri ..
 
August 13, 2009 | url
Votes: -3

rohaizad said:

0
...
Shah,
Sebenarnya baru beberapa minggu je Maybank releasekan function online ni. Dulu memang tak boleh sebab dah pernah try. Harap maklum.
 
August 13, 2009 | url
Votes: -1

zakri said:

zakri
...
Sifu Lan,
hohoho bahaya kenyataan ko tuh smilies/smiley.gif So, ko dah jadi pengikut setia maybank ya.

Ijad,
thanks for the info. Setelah banyak kali masukkan ayat penyata dengan beberapa perkataan contoh(tanpa bracket ""): "saya suka makan" tetap tidak berjaya. tetapi kalau saya masukkan (tanpa bracket ""): "sayasukamakan", nampaknya saya berjaya diatas transaksi ini. cubalah smilies/smiley.gif
 
August 13, 2009 | url
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
...
Ohh begitu..makasih En Rohaizad...ikan2 sedang menjamu selera
 
August 13, 2009 | url
Votes: -1

mali3501 said:

mali3501
...
good info ni...
leh buka acc baru ni.
tq otai2 semua atas perkongsian..
 
August 17, 2009
Votes: +0

panduaninternet said:

0
fuh nasib baek la...
sebelum ni ingatkan nak guna vcc ke bukak paypal,x pun nak apply public bank...kalau gini sys akn dgn trus-trus terang benderang akn guna maybank visa debit ni....bcoz even bangla kat malaysia say " i lav maybank "...huhu..lesai 1 masalah... ( http://panduaninternet.webs.com/ )
 
August 17, 2009 | url
Votes: +0

nuwa said:

nuwa
...
aku pun suka blog rohaizad..undi rohaizad.. :-)
 
August 24, 2009 | url
Votes: +0

faidhi89 said:

faidhi89
...
bole verifid ebay jugak ke guna maybank visa ni??
 
August 31, 2009
Votes: +0

mali3501 said:

mali3501
...
boleh buat verify ebay & bayar ebay fee ke?
 
September 01, 2009
Votes: +0

Faezil Aidil Jamian said:

Faezil Aidil Jamian
...
Dengan hanya membaca tajuk artikel ni je dah dapat jawapannya... BOLEH
 
September 03, 2009
Votes: +0

fir_acheque said:

fir_acheque
...
bole aja buat maybankkard ini.dgn selambanya kuar duit paypal setiap hari...huhu..

www.firdaussani.com
 
September 05, 2009 | url
Votes: +0

awe 9 said:

0
...
tq! perkongsian hebat dari sifu - lan dan rohaizad... jasamu dikenang

www.rahshafeez.com
 
September 06, 2009 | url
Votes: +0

caricahaya said:

caricahaya
...
salam bro sy ne baru dlm e-bay ne dan x tau ape2 harap dapat membantu... 1st betul ke maybank card (buah ceri) ne digunakan utk buka acc paypal..
 
September 14, 2009
Votes: +0

kaizer said:

0
Boleh guna kuarkan duit dari paypal ke?
kalau boleh guna utk kuarkan duit dari paypal best r.
 
September 28, 2009 | url
Votes: +0

rectro said:

0
...
wah amat berguna tips ini. saya akan cuba guna maybank debit card.
 
September 28, 2009 | url
Votes: +0

broSKL said:

0
Bagusnya
bagus la kalo mcm ni..dulu time saya nk REg Paypal ada gak terpikir nk guna Kad ni..tapi member saya cakap x leh plk.. tapi sekarang dah boleh lagi mudah la keje kita hehe smilies/grin.gif
 
September 29, 2009 | url
Votes: +0

dkitos said:

dkitos
betul ke???
maybankard (buah ceri) dah blh digunakan dalam paypal???biar betul...kalo betul dah blh guna...mesi seronok...x pyh la nak pk2 wat debit card or credit card yg lain...

blh jimat masa dan waktu...
 
October 11, 2009
Votes: +0

firdaussani said:

0
...
yup dkitos..maybankard bole verify and withdraw duit paypal.kalau public bank nak kene ada minimum 20USD..maybank x payah, ade Rm10 pon bole verify account ebay dan paypal..memang best.. :-)
 
October 12, 2009 | url
Votes: +1

Nozi said:

0
Hebat!
Salam,

Saya baru je buat Maybankard visa debit tadi.hehe..
 
October 21, 2009 | url
Votes: +0

tuan said:

0
tolong saya
saya dah buat maybank debit nih tapi saya takleh nak register paypal...
die kate die takleh nak verify tah ape ape entah...
macam mana ni??tolong la saya....TOLONG LA saya SAPE SAPE Pon tak kesah...
 
November 04, 2009 | url
Votes: +0

didi said:

0
salam
yg sy paham dr penjelasan kt blog rohaizad 2,maybank debit visa ni just untuk widraw jew..not 4 verified..so kene verified dulu gune vcc or visa card yg laen..betol x sifu lan????
 
November 11, 2009
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN