Matawang Malaysia kini diterima PayPal? Betul ke?

Kini terdapat sedikit pertukaran pada polisi 'Payment Processor' utama di Internet iaitu PayPal. Kini PayPal akan menerima Malaysia sebagai negara yang diiktiraf untuk transaksi kewangan mereka menggunakan (MYR) Malaysian Ringgit. Pelbagai andaian dibuat mengenai perkara ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah pembaharuan polisi PayPal ini akan menyusahkan pengguna-pengguna di Malaysia?
Beginning 14 October 2009, the PayPal User Agreement, Payments policy and buyer protection policy will be modified to include several new currencies as holding currencies and add additional withdrawal countries and the related fees and charges have been modified to include these new currencies. New currencies include: Philipino Peso, Taiwanese Dollar, Thai Baht, Malaysian Ringgit, Argentinean Peso, and Brazilian Reais. Bank account withdrawal countries being added include Vietnam, Malaysia, Argentina, and Brasil. Several of these currencies are restricted currencies and not all PayPal features will be available with regards to a restricted currency and not all customers will have access to restricted currencies.
In addition, for Malaysian resident customers, PayPal has made specific modifications to the User Agreement as required by Bank Negara Malaysia regarding your rights as consumers in Malaysia accessing the PayPal services.
The governing law section of the User Agreement applicable to Malaysian residents has been modified as follows:
“For Malaysian residents who register for the PayPal service with a Malaysian address, this Agreement is governed by and interpreted under the laws of Malaysia as such laws are applied to agreements entered into and to be performed entirely within Malaysia.â€
In addition, PayPal is required as a designated payment instrument under Malaysian law to provide the following useful information to Malaysians:
Malaysian customers of PayPal can contact BNMLINK and BNMTELELINK for information, inquiries or redress in the areas of conventional and Islamic banking, insurance and takaful, advisory services for small and medium enterprises, foreign exchange administration and other matters under Bank Negara Malaysia's jurisdiction.
The contact details for BNMTELELINK are:
BNMTELELINK
Jabatan Komunikasi Korporat
Bank Negara Malaysia
P.O.Box 10922
50929 Kuala Lumpur
Tel: 1-300-88-5465 (LINK)
Fax: 03-2174 1515
E-mail: bnmtelelink@bnm.gov.my
BNMLINK and BNMTELELINK operating hours are from:
Monday - Friday, 9.00 a.m. - 5.00 p.m.
Seperti yang anda baca, perubahan yang diumumkan bermula pada 14 Oktober lalu adalah kepada user agreement yang telah dipersetujui oleh kita ketika membuka akaun PayPal. Ini bermakna agreement yang dipersetujui adalah berlandaskan undang-undang Malaysia dan dikuat-kuasakan sepenuhnya di dalam Malaysia. Perubahan ini sejajar dengan syarat yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Sepertimana yang anda tahu, Malaysia masih belum mempunyai undang-undang yang ketat mengenai perniagaan yang di jalankan di Internet. Segala usaha telah diambil untuk memastikan semua usahawan internet berdaftar dengan SSM kerana ia masih di anggap perniagaan. Jika anda mempunyai PayPal 'BUSINESS ACCOUNT', anda akan diminta untuk memasukkan tarikh pendaftaran syarikat anda serta nombor pendaftaran syarikat. Ini disebabkan PayPal diwajibkan untuk mengambil informasi lengkap pemilik akaun di Malaysia. Oleh itu semua pemilik 'BUSINESS ACCOUNT' perlulah mendaftar sekurang-kurangnya 'Register Of Business' (ROB) dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai pemilik akaun perniagaan yang sah.
APA SEBENARNYA PERUBAHAN YANG BERLAKU?
Sebenarnya tidak banyak perubahan yang berlaku. Hanya kini terdapat matawang MYR di Paypal. Walaubagaimanapun, jika anda menerima US dollar dari pelanggan-pelanggan anda, ia tetap masih dalam nilai USD. Sekiranya anda melakukan transaksi yang mengakibatkan pertukaran matawang dari USD ke MYR atau sebaliknya, anda tetap akan di caj.
Kita masih belum boleh mengeluarkan wang PayPal kita ke bank tempatan. Cara untuk withdraw wang PayPal anda masih sama seperti dahulu. Saya sendiri tidak tahu bilakah bank di Malaysia boleh menerima wang dari PayPal. Tetapi jika ia berlaku, sememangnya ia amat memudahkan urusan kita.
APAKAH PERSEDIAAN YANG PERLU JIKA PAYPAL SEPENUHNYA MENERIMA MALAYSIA?
Saya nasihatkan supaya anda mendaftar perniagaan anda dengan SSM sebagai langkah berjaga-jaga manalah tahu jika akaun PayPal kita akan digantung jika tiada lesen perniagaan yang sah. (PayPal kan memang gilerr). Selepas itu, pastikan anda membuka akaun bank mengikut nama perniagaan anda. Sememangnya SSM sudah lama membincangkan cara bagaimana untuk memantau semua perniagaan internet seperti eBay dan nampaknya perubahan polisi yang berlaku menuju ke arah itu. Oleh itu eloklah kita sediakan payung sebelum hujan.
APA PULA KOMEN ANDA TENTANG PERUBAHAN NIE??

rahasnoralizu
said:
|
Huh? Salam semua... terkejut jugak laa ttg polisi baru paypal nie.. kira mudah laa kita nak keluarkan duit. Kos utk reg SSM x sampai RM 100 tapi dengar2 perlu buka akaun semasa? betul ke? dengar2 juga kos deposit RM 2000 ? |
|
29
said:
|
aduhai.. ala..duit kat paypal baru 3 angka, tu pun selepas satu titik perpuluhan dari kiri. harap-harap pas ni, kurang la masalah paypal limit. |
|
ape???
said:
|
ape???? nanti LHDN senang nak cariinternet matketer yg x byr tax....ambah lg income negara....... |
|
Azahari
said:
|
Berita baik ? memang baik, tapi lepas ni LHDN lebih drastik memantau duit yang masuk...adoi.. masalah juga bila kena cukai nanti |
|
Shahraduan
said:
|
Jawapan kepada isu ini...Apa aku nak kesah...kehkehkehkeh Nak daftar niaga tak sampai RM100 pun..itu betul..yg penting ada daftar niaga..yang nak pi buka Current Akaun tu sape suruh. Paypal mintak Daftar niaga saja. Nak buka current akaun...Bank Islam RM1K rasanya..(lupa dah lama tak berurusan) apa akan jadi kalau ada akaun Paypal Business lebih pada 5? Maknanya korang kena buat daftar niaga sampai 5 lah.. Tiap2 tahun renew RM60X5=RM300 Kenapa kena buat byk? Kalau yg betul2 dan ligat berniaga guna Paypal..kena buka byk akaun sebab Paypal limit Widraw USD500 jer sehari. Kalau sehari Masuk USD2K tak ke pening.. Langkah paling bagus..Paypal addkan Bank2 dlm Malaysia dlm list untuk tranfer duit..itu pun ada limit kalau tak silap saya...Limit USD1000/1500 gitu..tak ingat dah...dulu-dulu saya biasa ada akaun bank USA sampai 2..hohohoho. Ps**Kesimpulannya...aku nak kena pi daftar niaga lagi 2 ROC..hohoho tahu-tahu sajalah..kalau isi maklumat duplicate kang..kene suspen tak ke haru biru akaun Paypal. |
|
Kasyidi
said:
|
paypal Salam..sifu. Thanks atas maklumat ni. bagaimana jika akaun premier & personal..? |
|
ammbiz
said:
|
... hmm.. kalau cam tu .. harap .. ia lebih memudahkan urusan dgn paypal lepas nie . Rasa aku pun kena bukak company le cam nie .. cam tu ker bro shah ? |
|
Shahraduan
said:
|
Isu Yang Best Oppp...apa yg aku tulis kat atas tu untuk Paypal Business Account. Premier Account kena Add IC kata Ammbiz..tak gitu Ammbiz. |
|
Noorizam Shah
said:
|
... Bagi yang ada business akaun boleh request kat paypal untuk dapatkan withdraw lebih dari 500USD sehari. Nasib baik aku boleh direct contact dengan orang paypal. |
|
Shahraduan
said:
|
... Noorizam Shah - Jangan lupa rekeman akaun aku sekali..widraw USD$1K Perday...senang aku nak rolling duit..hohohoho |
|
Fazli
said:
|
... kalau perkara ni betul2 jadi. ada baiknya dan ada gak tak baiknya. tapi bak kata sifu lan. hati kene kering. hehehe... |
|
Zainudin
said:
|
... kurang paham sgt dgn semuabenda ni...tapi sifu kata premier akaun takde masalah so i'm not losing sleep la...akaun paypal pun ada dua angka je...haha |
|
nuwa
said:
|
... Berita baik nie.. Lepas ni xperlu la tunggu 5-7 hari nk clear duit.. Boleh ler rolling cepat.. Hohoho |
|
zahrul
said:
|
... sejak paypal sistem baru ni, nape dah xleh nak tukar duit dari AU kpd USD atau sebaliknye.susahlah nak kuar duit nanti,nak campur skali duit AU dgn USD dah xleh,xkan nak withdraw AU dulu pastu baru USD,rugi RM20 |
|











terkejut jugak laa ttg polisi baru paypal nie.. kira mudah laa kita nak keluarkan duit. Kos utk reg SSM x sampai RM 100 tapi dengar2 perlu buka akaun semasa? betul ke? dengar2 juga kos deposit RM 2000 ?
