Di sebalik kematian Raja Pop Dunia, Michael Jackson


image

25 Jun yang lalu dunia digemparkan dengan kematian Raja Pop Dunia 'Michael Jackson' atau 'Jacko' atau nama muslim beliau 'Mikhael'. Berita kematian beliau amat menggemparkan kerana ia berlaku secara tiba-tiba setelah beliau mengumumkan akan membuat Konsert terakhir beliau di London baru-baru ini. Nampaknyer hajat tidak kesampaian. Tetapi anda tahu sesuatu yang amat mengejutkan juga berlaku setelah ia diumumkan?

Saya tahu, banyak cerita2 khabar angin yang mengatakan kematian beliau adalah konspirasi dan beliau sebenarnya telah dibunuh. Tetapi saya bukanlah hendak menceritakan tentang perkara tersebut. Apa yang ingin saya ceritakan adalah implikasi kematian beliau terhadap dunia online.

 

Tahukah anda ramai yang mengaut keuntungan hanya dari berita kematian beliau?

Domain http://www.InMemoryOfMichaelJackson.com/ dilelong dieBay sehingga USD$9,999,999. Fuh.. Jika anda nak lihat auction tersebut KLIK DI SINI. Walaubagaimanapun penjual yang hanya mempunyai 62 ebay feedback tersebut memberitahu ia dibeli oleh sang penipu (joy bidder) dan ia di 'relist' semula sebagai auction dengan harga permulaan USD1,000,000 dan dengan harga BIN hampir USD10,000,000. Bukan hanya domain ini sahaja, banyak lagi domain2 lain yang melibatkan nama Michael Jackson disenaraikan di eBay sehingga hari ini. Report dari GoDaddy menyatakan 3700 domain yang melibatkan nama Michael Jackson telah di 'request' dalam tempoh 24 jam kematian & 6000 permintaan selepas 2 hari.

Sementara itu, ramai juga seller2 eBay yang mempunyai barangan yang telah ditandatangani oleh Michael Jackson dijual dengan harga yang begitu tinggi. Jika anda mempunyai album Jacko berjudul 'Thriller' belum dibuka yang mungkin di simpan di dalam loteng, kotak, atau anda dah tanam, baik anda mula mencari sekarang kerana ia dijual sehingga mencecah harga USD1,200 di eBay. Fuh. Memang Dasyad. Satu lagi barangan yang paling laris di eBay pada ketika ini adalah Jacket Merah era 80an 'Triller' di jual sehingga beratus2 dollar. Cuba anda search di eBay dengan keyword 'Michael Jackson Triller Jacket'. Semua yang dijual bukanlah Jacket yang original tetapi hanyalah replika dan ia dibida sehingga USD600. Jika anda baju jacket merah begitu, boleh la mula menjual sekarang.. huhuhu.Bukan itu sahaja, surat khabar yang menunjukkan berita kematian Michael Jackson juga dilelong di eBay sehingga USD30 dollar senaskah.. Fuh.. Untung la sesiapa yang beli suratkhabar banyak2 hari tu.. hehe.

Tidak lupa juga para pembaca ebook "Panduan & Teknik Rahsia eBay" juga mengambil kesempatan menjual barangan2 yang mempunyai nama Michael Jackson. Melalui research yang saya lakukan, ia hanya laris pada hari pertama & kedua sahaja setelah berita kematian Michael Jackson tersebar. Ada pengguna pembekal rahsia yang berjaya menjual sehingga 200 helai t-shirt dalam 2 hari sahaja. Fullamak.. Kaya beb..

Saya sebenarnya tidak dapat menggambarkan keadaan ini samada ia baik atau tidak.. Apapun, memang agak menghairankan setelah seseorang meninggal dunia, seluruh dunia berebut2 mengaut keuntungan hanya dari kematian beliau. Saya mengaku, saya sendiri pun terlibat menjual barangan Michael Jackson di eBay sekarang. Memang kelakar jika difikirkan dalam2.. Adakah kita perlu beli domain 'inmemoryof' artis2 terkenal lebih awal sebelum mereka mati dan membayar sewa domain tersebut setiap tahun sebagai pelaburan? Adakah apabila mendengar berita kematian seseorang yang popular, kita terus berlari ke hadapan komputer dan menyenaraikan produk2 si mati tu secepat mungkin? Jawapannya ada di dalam diri kita sendiri.

Apapun saya adalah peminat Michael Jackson sejak dari kecil lagi.. Berita kematian beliau sebenarnya sedikit memberi kesan kepada saya kerana saya dibesarkan dengan lagu2 beliau yang popular. Era tahun 83 (triller) tu tahun saya lahir, mungkin ada kimia kot... Walaupun kematian beliau tidak diketahui lagi samada dalam Islam atau tidak, saya mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas jenazahnya dan semoga beliau tergolong dalam orang-orang yang bertaubat dan mati sebagai Islam.. Al-Fatihah...



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites
Reddit! Del.icio.us! Mixx! Free and Open Source Software News Google! Live! Facebook! StumbleUpon! Yahoo! Free Joomla PHP extensions, software, information and tutorials.
Comments (14)add comment

dhiyafaris.com said:

0
heh
macam2 la org skrg ni..
kalau aku dah tak ada nanti,
ntah ada ke tak org lelong domain aku..
haahah smilies/smiley.gif
 
June 30, 2009 | url
Votes: -1

azizwan(dot)com said:

0
...
wah.. 200 helai. masyuk tu.. huhu.. kalau tiap hari mcm tu, tak lama jd jutawan wo. huhu smilies/tongue.gif

--
www.azizwan.com
 
June 30, 2009 | url
Votes: +1

Shahraduan said:

Shahraduan
...
aku nyer projek MJ terbengkalai kerana electrik shut down..siol betul lah TNB
 
July 01, 2009 | url
Votes: +0

mohdazree said:

0
bestnye
usahawan kena alert kalau nak untungsmilies/grin.gif mesti pandai ambil kesempatan.. tp saya x sempat la plak..smilies/cheesy.gif
 
July 01, 2009 | url
Votes: +0

KampungBoy said:

0
...
MJ nie dah mati makin bertimbun harta dia
 
July 01, 2009 | url
Votes: -1

Zubir aka Azzoubayaerzin said:

0
Itulah Lumbrah manusia
Apa tidaknya, rezeki sudah ternyata didepan mata.Peluang yang dicari sudah terbongkar.Tiada siapa pun mahu terlepas memburu kekayaan demi kekayaan.Tanpa mengambil kira maruah diri atau orang lain lebih lagi yang sudah meninggal.Tak siapa pun mengambil kisah.Haram atau halal ke,belakang kira.Asalkan sudah tercapai maksud yang tersirat.
 
July 01, 2009 | url
Votes: +1

ASB said:

0
Pro dan kontra
terpulang pada individu sebenarnya..jika niat baik nak menjual barangan MJ tak jadi masalah...cuma agak kurang elok la pada saya, baru je meninggal terus je jual merchandise MJ...pandangan je
 
July 01, 2009 | url
Votes: +0

AHMAD ANUAR BIN ROMLI said:

AHMAD ANUAR BIN ROMLI
...
jadikan ini sebagai pengajaran...
 
July 01, 2009
Votes: +0

Melayu Boleh said:

0
memang berbaloi
he he mmg laku giler asalkan nama jacko memang meletup smilies/grin.gif
 
July 03, 2009 | url
Votes: +0

irwan shah said:

0
istiqamah
hrta dunia hnya smentara,akhirat kekal slamanya
pk2 kn lah & renungkn...slmt beramal...
 
July 03, 2009
Votes: +0

amad said:

0
Harta di dunia mesti dicari, amalan akhirat wajib ditunaikan.
perniagaan itu harus. jual lah apa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak.
tak haram pon kalo jual merchandise orang dah mati.

 
July 21, 2009
Votes: +0

wankl said:

0
...
hai.....sya ucpkan takziah kpada keluarga michael jackson ....
 
July 26, 2009
Votes: +0

ivy francine said:

0
...
sy pun peminat michael jackson dari kecik lagi...saya pun terkejut atas kematian raja pop dunia kita...smilies/cry.gifapa2pun sy ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dia..sy sngat minat dngan lagu dia...smua lagu dia sy tahu..smilies/smiley.gifsmilies/cheesy.gif
 
August 29, 2009
Votes: +0

anghili said:

0
...
smilies/sad.gifsmilies/sad.gifrest in peace michael ur music 4eve wil b wif us
 
September 25, 2009
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

10 Komen Tertinggi

Shahraduan
(46 comments)
Sifu LAN
(44 comments)
nuwa
(25 comments)
mujahidbiz
(18 comments)
observe888
(12 comments)
yazidyahaya
(10 comments)
matzis
(7 comments)
zakri
(6 comments)
mohd farid
(6 comments)
mohd basri
(5 comments)

Statistik Pelawat SIFU-LAN.COM

Pelawat [+/-]
Hari Ini:
Semalam:
2 Hari Lepas:
615
402
417

-15
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
1017
3026
3057

-31
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
4043
12177
11534

+643
Tahun Ini:
Tahun Lepas:
16220
32925
-16705

Purata Pelawat Sehari
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
508.5
432.3
436.7
+76.2
-4.4
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
449.2
405.9
384.5
+43.3
+21.4

Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.