Perkhidmatan Mengulas Produk Digital
Saya sedia mengulas produk digital anda tetapi perlulah mengikut beberapa syarat yang saya tetapkan. Anda mempunyai produk?
Adakah anda mempunyai produk digital? Perlukan testimoni & ulasan?
Sebenarnya saya banyak kali menerima undangan untuk memberikan testimoni dan ulasan mengenai produk digital oleh IM tempatan yang masih baru. Tetapi saya tidak mempunyai bahagian atau section tertentu di web saya untuk membantu mempromosikan ebook mereka. Saya juga tidak berminat untuk menjadikan web saya sebagai PASAR MALAM penuh dengan segala banner dan artikel ulasan untuk mempromosikan produk IM lain. Kini saya telah menyediakan satu ruangan khas untuk review produk2 anda untuk dilihat & dibaca oleh para pelawat web saya. Perkhidmatan ini adalah percuma. Tetapi tidak semua produk digital akan saya ulas jika tidak memenuhi syarat-syarat yang saya tetapkan.
Syarat-syarat utama
- Memberi keizinan kepada saya untuk membaca/lihat produk digital tersebut.
- Mempunyai affiliate sistem.
- Mempunyai salesletter yang tidak menjanjikan bulan dan bintang. (janji palsu)
Ulasan tidak akan dibuat sekiranya saya tidak membaca/lihat produk digital tersebut terlebih dahulu. Hanya produk yang berkualiti sahaja akan diulas oleh saya. Oleh itu jika saya menolak mana-mana permohonan, saya akan sertakan dengan sebab2 yang munasabah. Ini untuk menjaga reputasi saya dan memastikan hanya produk yang berkualiti sahaja diperkenalkan kepada pembaca web saya. Tetapi ia masih boleh diulas jika anda berjaya memperbaiki sebab-sebab saya menolak permohonan tersebut.
Saya harap, perkhidmatan percuma yang saya tawarkan ini akan menggalakkan lagi lebih banyak penghasilan ebook dan produk-produk digital tempatan. Sekiranya berminat, anda boleh nyatakan permohonan anda terus ke email saya di lan@sifu-lan.com.Terima Kasih. :D

Firdaus Penang
said:
|
wajib di ulas sifu lan saya akan keluarkan web affiliate pertama saya dan sifu lan akan jadi pengulas pertama saya Semoga sifu lan jadi jutawan Amin |
|
Mohammad Rizal Bin Md Jalani
said:
|
Suatu Jihad Perniagaan Assalamualaikum,Sifu Lan. Saya baru register dlm web nie.Banyak lagi kene belajar.Saya tabik sifu sebab ada "Golden heart" kongsi ilmu dgn umat islam yang nak berjaya dlm hidup di dunia dan akhirat.Inilah jihad yang perlu ada dlm setiap hati umat islam."Allahlah yg melapangkan dan menyempitkan rezeki seseorang itu" Terima Kasih.Teruskan perjuangan. |
|
mohd zamrie bin saleh
said:
|
sifu lan ada lah member lama aku... salam lan...lama tak dengar berita..akhirnya ko bakal jadi jutawan internet...remy dah jadi cikgu...aku sekarng jadi lecturer jek...bangga dengan kejayaan ko...teruskan perjuangan mu... |
|
Abdul Rashid Basar
said:
|
Dialu-alukan Jarang sekali otai yang menawarkan diri untuk memberikan ulasan terhadap e-book baru yang hendak dilancarkan.Sebenarnya ia berlaku pada saya. Usaha anda mungkin yang pertama. Selamat maju jaya...ARB Dagang |
|
Penang
said:
|
perkhidmatan yang bagus Bagus gak ada perkhidmatan percuma cam nie.... Sesuai untuk org baru yang keluarkan produk pertama. Kalau tak cukup sempurna sesuatu produk.. boleh dibetulkan dulu... dari tunjuk ajar yang diberikan sifu lan. Bukan mudah sifu nak bagi testimoni nie. Semoga perkhidmatan ini diteruskan sampai bila2 |
|











