Siapakah sebenarnya Sifu LAN?

Nama sebenarnya Khairul Azlan bin Zainal Ariffin dan lebih dikenali dengan nama Sifu LAN. Saya merupakan usahawan internet sepenuh masa dan sudah lebih 5 tahun dalam bidang ini. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan sejak saya berumur 18 tahun lagi dari beniaga di Pasar Pagi, Pasar Malam sehingga ke shopping-shopping kompleks di dalam & luar negara. Mengikut pengalaman saya, perniagaan online merupakan satu perniagaan yang amat bijak untuk dilakukan kerana anda boleh merahsiakan pelbagai kaedah perniagaan yang anda jalankan dan memperoleh keuntungan tanpa disedari oleh sesiapa pun. Ramai yang hairan bagaimana saya menjana pendapatan di internet sehingga boleh berkahwin hanya menggunakan wang dari perniagaan ini.

Dorongan & sokongan hebat dari ibubapa 

Pada asalnya, kepakaran saya adalah dalam bidang muzik. Ayah saya adalah seorang pensyarah muzik & ibu saya seorang guru muzik. Sejak kecil saya dididik dengan pelbagai kemahiran muzik. Saya boleh bermain hampir kesemua instrument muzik dan banyak menggubah lagu-lagu serta mencipta beberapa lagu. Walaupun minat & bakat saya ke arah itu, muzik merupakan satu karier yang mempunyai persaingan yang tinggi dan amat sukar untuk memperoleh pendapatan lumayan. Ada lagu ciptaan saya yang dikeudarakan di radio tetapi dikreditkan atas nama orang lain hanya kerana tidak mempunyai reputasi & nama. Disebabkan ibubapa saya begitu hebat mengajar pelbagai ilmu kepada saya dalam bidang muzik, saya berjaya menjadi seorang 'fast learner'. Saya mula menggunakan kaedah2 gubahan sendiri menggunakan aplikasi komputer yang pada ketika itu masih belum popular. Di sinilah bermulanya saya berjinak-jinak dengan komputer & internet. Dalam tempoh kurang dari sebulan, saya berjaya membuka website saya sendiri tanpa sebarang guru yang menghimpunkan banyak lagu2 tempatan berformat MIDI. Secara tidak langsung, saya mula mahir dalam menghasilkan grafik untuk website.

Selepas tamat SPM, sementara menunggu tawaran belajar, saya bekerja sebagai seorang salesman di sebuah syarikat pemasaran gergasi (nama dirahsiakan). Memang terlalu banyak yang saya belajar apabila bekerja sebagai salesman terutamanya 'communication skill'. Saya mula menjadi pakar dalam perihal memujuk pelanggan secara halus (psychology) untuk membeli sesebuah barangan. Bulan pertama bekerja sebagai salesman, saya berjaya memperoleh pendapatan sebanyak RM5000. Di sebabkan saya menjadi 'top producer' di syarikat berkenaan, saya dihantar untuk berguru dengan ramai pakar2 pemasaran tempatan & antarabangsa. Saya begitu taksub dengan karier saya ketika itu sehingga menolak semua tawaran belajar yang saya dapat. Saya amat mahir dalam strategy pemasaran dan mempunyai pengetahuan luas dalam menguruskan tapak jualan di shopping2 kompleks. Dengan ilmu yang penuh di dada ketika itu, saya mula merancang untuk membuka perniagaan sendiri. Selepas berbincang panjang dengan 2 orang rakan saya, kami mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan perniagaan sendiri. Kami memulakan perniagaan sendiri dari bawah bermula dengan pasar malam.

Bermula dengan membuka tapak pasar malam di Melaka setelah beberapa kali kejatuhan, akhirnya kami berjaya dalam perniagaan pasar malam. Rekod terbaik kami dalam 1 malam boleh memperoleh untung bersih sehingga RM700. (ada peniaga pasar malam yang dapat sehingga RM2000). Ternyata, pasar malam bukanlah perniagaan yang boleh dipandang rendah. Selepas beberapa tahun, saya mengambil keputusan untuk menaik taraf perniagaan kami dengan membuka tapak2 kedai di shopping kompleks. Sudah tentu berbeza, sewa tapak pasar malam hanyalah RM2 sahaja tetapi sewa tapak di shopping kompleks mencecah RM300 sehari. Dengan berbekalkan pengalaman saya sebagai salesman dahulu, akhirnya berjaya memperoleh untung sehingga ribuan ringgit sehari. Pada ketika ini, saya membuka ofis pertama saya di Melaka dan mula melatih salesman baru.

Dalam tempoh beberapa tahun, kami mempunyai 3 ofis termasuk di Damansara dengan jumlah kakitangan mencecah puluhan orang. Kami telah mempunyai pengedar hampir di Seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. Inilah zaman kegemilangan kami. Dengan jumlah pendapatan belasan ribu sebulan, saya menetap di Condo Mewah sendiri di Damansara dan mempunyai 3 buah kereta. Memang panjang kisah kejayaan kami tetapi yang sempat saya tulis hanyalah ringkasan. Pengetahuan internet saya pun semakin baik kerana berjaya menguasai bahasa programming PHP & MYSQL. Saya berjaya menghasilkan sistem database dan komisyen online saya sendiri.

Zaman Kejatuhan Perniagaan Saya

Sememangnya manusia boleh berubah apabila berjaya. Ketika ini saya masih bujang dan rakan2 kongsi saya sudah berkahwin. Salah seorang rakan kongsi saya mula berubah sikap menjadi kaki perempuan dan ingin beristeri lagi. (sebenarnya panjang lagi ceritanya.. dipendekkan) Situasi ini banyak memberi impak kepada perniagaan kami dari segi kewangan, focus & motivasi pekerja. Pekerja2 kami mula mensabotaj stok2 kami dan jualan semakin kurang. Gelak ketawa bersama rakan2 kongsi kini bertukar menjadi sesi bertikam lidah. Akhirnya, disebabkan tiada lagi sefahaman & satu hati, kami menutup perniagaan kami. Di sebabkan rasa marah dan kecewa, saya berjanji saya akan membuat haluan sendiri dan tidak membuat perniagaan yang sama. Pada ketika itu juga saya berikrar tidak akan mempunyai rakan kongsi lagi. Semua yang kami bina selama bertahun2 hancur begitu sahaja hanya disebabkan perempuan. Pendapatan belasan ribu sebulan kini bertukar menjadi ZERO. Hidup hanya dengan duit simpanan.

Mula menceburkan diri dalam perniagaan online

Ketika ini satu sahaja yang bermain di kepala saya. Dengan pengetahuan & skill yang saya ada, saya ingin menceburkan diri dalam perniagaan online. Mudah, Murah, & yang paling penting tidak perlu rakan kongsi. YEAH! NO MORE PARTNERSHIP! Saya mula mengasah kembali skill2 webmastering saya. Rupanya kini semakin mudah untuk membina website kerana terdapat banyak open source di Internet. Ini amat memudahkan kerja2 saya kerana sebelum ini saya membuat website tanpa menggunakan sebarang CMS (Content Management System). Tanpa sebarang guru, saya mula memberanikan diri untuk mencuba sesuatu yang masih belum dicuba oleh orang lain. Hanya seorang sahaja IM yang saya kenal ketika itu iaitu Irfan Khairy. Saya ke kedai buku untuk membeli buku2 untuk mengembalikan kembali semangat serta motivasi saya. Buku yang betul2 mengubah semangat saya adalah buku berjudul 'JUTAWAN EXTREME' oleh Azizi Ali. Selepas membaca buku tersebut, semangat saya 100% meningkat dan mula menghabiskan masa yang agak extreme di hadapan komputer. Saya mula mendapat USD pertama dengan menjual barangan di eBay. Sejak itu saya mula focus dan akhirnya berjaya mengumpul puluhan ribu dalam tempoh beberapa bulan sahaja (waktu nie sales meletup menjual barangan transformers). Kemudian saya mengambil keputusan untuk berkahwin supaya hidup lebih terurus & mempunyai komitmen bekeluarga. Ketika ini saya sudah mula mengajar orang lain bagaimana saya membuat duit di Internet menggunakan eBay. Akibat terlalu ramai yang ingin belajar, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjual ebook teknik yang saya gunakan. Saya kini sudah mula menghasilkan lebih banyak income2 internet yang lain dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk menurunkan ilmu tersebut.

Dari mana datangnya nama SIFU?

Nama tersebut diberikan kepada saya oleh rakan2 ketika sibuk berchatting. Ketika itu saya berjaya menghasilkan sistem untuk menggodam id yahoo dan membantu mereka-mereka yang telah digodam oleh individu2 yang tidak bertanggungjawab. Di sebabkan saya mengajar sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan, saya digelar sifu. Lagipun ketika mula-mula nak jadi IM dulu, saya cuba membeli domain khairulazlan dot com tetapi ia telah dimiliki orang lain. Jadi saya mengambil keputusan untuk menjadikan nama Sifu LAN sebagai brand saya.

Mengapa perlu mengajar orang lain? 

Saya berpegang pada satu prinsip.. “Lebih banyak ilmu yang kita sapaikan, lebih tinggi ilmu yang kita dapat.” Ibu saya adalah seorang guru dan Ayah saya adalah seorang pensyarah. Saya sudah biasa bercakap dan memberi tutorial di hadapan orang ramai dan sudah biasa dalam kaedah pengajaran. Skill komunikasi yang dipelajari ketika menjadi salesman dahulu banyak membantu saya. Walaubagaimanapun saya akui, terdapat banyakkelemahan yang masih terdapat dalam diri saya seperti kemahiranpenulisan. Saya akui saya adalah seorang penulis yang teruk.Sesungguhpun begitu, saya berusaha sedaya upaya untuk memastikan anda memahami apa yang saya sampaikan. Tidak semua ilmu yang saya sampaikan adalah percuma, ada ilmu2 yang dirasakan penting tidak diberikan percuma. Ilmu percuma sering tidak dihargai dan di anggap tiada nilai.

KEMAHIRAN & KEPAKARAN

Berikut adalah perkara-perkara yang dalam bidang saya sekiranya anda ingin bertanya, berkongsi atau berbincang dengan saya.

  • Grafik dan animasi 2D dan 3D
  • Web design & programming (PHP/MYSQL)
  • Gubahan dan Penciptaan Muzik
  • Video editing & Special Effect
  • E-commerce & Online Business
  • Interaktif presentation
  • Online Marketing

Saya akan sentiasa berkongsi pengetahuan saya dengan anda. Pastikan anda kerap melawat web saya dan dapatkan ‘update’ terkini tentang dunia Internet dan Perniagaan online. Saya dahului sokongan yang diberikanoleh anda dengan ucapan TERIMA KASIH!

Login Ahli

10 Komen Tertinggi

Shahraduan
(46 comments)
Sifu LAN
(44 comments)
nuwa
(25 comments)
mujahidbiz
(18 comments)
observe888
(12 comments)
yazidyahaya
(10 comments)
matzis
(7 comments)
zakri
(6 comments)
mohd farid
(6 comments)
mohd basri
(5 comments)

Statistik Pelawat SIFU-LAN.COM

Pelawat [+/-]
Hari Ini:
Semalam:
2 Hari Lepas:
613
402
417

-15
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
1015
3026
3057

-31
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
4041
12177
11534

+643
Tahun Ini:
Tahun Lepas:
16218
32925
-16707

Purata Pelawat Sehari
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
507.5
432.3
436.7
+75.2
-4.4
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
449
405.9
384.5
+43.1
+21.4

Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.